Searching...
Saturday, July 16, 2016
2:22 AM 1

Inilah 2 foto wajah sebenar isteri kedua Adi Putra yang cun melecun mengalahkan bidadari


Foto nikah dan wajah isteri kedua pelakon Adi Putra telah disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp selepas berita pernikahan pelakon tersebut dilaporkan akhbar pada Sabtu.

Astro Gempak telah menerima foto lelaki seiras Adi sedang mengucup dahi seorang wanita dan kedua-duanya lengkap berpakaian pengantin berwarna krim dan ‘peach’.

Foto tersebut dikirim seorang sumber kepada Astro Gempak yang meminta identitinya dirahsiakan turut mendedahkan isteri kedua Adi merupakan seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan.

Terdahulu menerusi laporan Harian Metro, pelakon KL Gangster itu didakwa berkahwin kali kedua dengan seorang janda anak satu baru-baru ini.

Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan keluarga dan sahabat karib.

Wanita berusia 33 tahun itu juga dikatakan rakan kongsi perniagaan Adi sejak setahun lalu dan Adi merupakan suaminya yang ketiga.

Namun, isteri Adi, Aida Yusof, 41 tidak mengetahui berita perkahwinan suaminya itu.

Aida enggan mengulas memberikan sebarang komen tentang perkara itu dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sementara Adi pula gagal dihubungi kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.

Adi pernah memfailkan fail penceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 tetapi menarik balik permohonan tersebut pada 21 Mei tahun yang sama.

Sumber: astrogempak



1 comments:

  1. Mohegan Sun, Pocono Downs & Gaming | JT Hub
    The 강릉 출장마사지 best 평택 출장샵 casino in Wilkes-Barre, 광주 출장샵 PA. 원주 출장샵 mohegan sun 김포 출장안마 Pocono Downs & Gaming is Pennsylvania's premier integrated casino, located minutes from the

    ReplyDelete