Searching...
Tuesday, June 21, 2016
3:39 PM 0

Wanita cantik berusia 22 tahun ini tidur sekatil dengan Singa setiap malam, INILAH 4 foto hasilnya selepas 10 bulan yang amat MENGERIKAN

Bagi kebanyakan manusia biasa, singa adalah haiwan yang berani dilihat daripada luar sangkar atau menggunakan kereta safari dari jauh. Namun tidak bagi wanita Afrika Selatan ini.

Miekie van Tonder, 22, membesarkan singa ini sejak umurnya lima hari lagi. Selepas terpisah daripada ibunya, Elsa dijaga seperti anak sendiri di rumahnya dan dibiarkan haiwan itu tidur sekatil dengannya supaya dia boleh mengawasi Elsa sepanjang malam.


Disebabkan semakin besar, Elsa dipindahkan ke kandang yang dikongsi bersama dua ekor singa jantan yang lebih besar. Tetapi akibat seawal usia lapan bulan dia tidak pernah berinteraksi dengan mana-mana singa, jadi mereka bergurau kasar dan mencederakan lehernya.

Dia menjalani pembedahan selama dua jam untuk menyembuhkan kecederaannya tetapi masalah lain pula yang timbul. Elsa hilang keseimbangan badan dan terpaksa ke hospital konvensional di Roodepoort berhampiran Johannesburg. Mikie sanggup meminta derma di lampu isyarat rumahnya demi mendapatkan dana untuk kos rawatan Elsa.

Betapa hubungan manusia dan singa ini terlalu akrab sehingga kini Elsa masih lagi tidur bersama Miekie. “Pada waktu malam dia tidur dengan saya. Dia memeluk saya di bawah selimut. Ia sesuatu yang menakjubkan tidur dengan singa.” Kata Miekie.

Sumber: penhijaudaun





0 comments:

Post a Comment