Searching...
Friday, June 17, 2016
6:02 PM 0

SILA AMBIL PERHATAN!! Inilah Perkara Yang Paling Kotor Dalam Pembikinan Filem Luc#h


Industri perfileman dewasa merupakan salah sebuah daripada industri yang popular di negara-negara barat dan sesetengah negara di Asia seperti Jepun. Sebagai disclaimer, entri ini dikhaskan untuk bacaan dewasa sahaja. Harap maklum.

Bukan sekadar lelaki kerana wanita juga merupakan antara kelompok yang agak besar meminati filem lucah kerana sebanyak 28 peratus daripada pengunjung ke laman web lucah adalah wanita.


Ramai yang pastinya terfikir bahawa industri filem lucah ini merupakan sebuah industri yang menyeronokkan. Mungkin menyeronokkan kepada lelaki yang berkerja dalam industri itu. Namun, bagi sebahagian pelakon wanita, industri filem lucah bukanlah sesuatu yang terbaik.

Sebenarnya, di sebalik penggambaran, ramai dari mereka yang terdedah kepada penderaan fizikal dan mental dalam industri yang didominasi sepenuhnya oleh lelaki. Kegagalan mematuhi syarat lakonan menyebabkan ada di kalangan pelakon wanita yang dipukul atau dicerca dengan teruk.

Bila peminat menyaksikan video atau babak filem lucah, mereka sebenarnya disajikan dengan aksi yang sudah diedit dan disunting bagi memperlihatkan ianya sesuatu yang menarik. Sedangkan, di sebalik sesi penggambaran, ia tidaklah seindah hasil akhirnya yang dipertontonkan kepada para peminat.

Pelakon lelaki sering dianggap hebat beraksi dan ereksi di dalam filem lucah. Realitinya adegan itu telah disunting beberapa kali dan diedit bagi mendapatkan babak yang terbaik.

Pelakon wanita terutama yang amatur atau baru yang mahu mencipta nama akan kerap kali akan dipaksa melakokan babak-babak yang mendatangkan kesakitan yang amat dan mampu menyebabkan mereka dijangkiti penyakit. Secara tidak langsung mereka adalah mangsa penderaan seksual walaupun memasuki industri berkenaan atas kerelaan hati sendiri.

Seramai 36 bintang filem lucah mati akibat HIV, bunuh diri, pembunuhan dan penyalahgunaan dadah antara tahun 2007 hingga 2010.

Lebih 100 pelakon (performers) sama ada gay atau sebaliknya mati akibat AIDS.

Hampir 70 peratus jangkitan penyakit kelamin berlaku kepada wanita.

Hampir 66 peratus pelakon filem lucah memiliki herpes, sejenis penyakit yang tiada ubat.
Namun, di sebalik semua ini, industri bernilai puluhan bilion dollar AS itu sebenarnya tidak pernah mengalami kekurangan pelakon.

Ada sahaja lelaki dan wanita yang menunggu di pintu masuk syarikat produksi untuk mendapat peluang berlakon.

Jangan terperanjat, jumlah bayaran yang diterima pelakon adakalanya mampu mengalahkan bayaran pelakon filem biasa.

Jenna Jameson dan Tera Patrick mendapat sehingga hampir RM100 juta setahun melalui lakonan mereka.

AVN Award adalah Anugerah yang mengiktiraf Pelakon, Filem dan Penerbitan Filem-Filem Lucah di dunia dan dilangsungkan setahun sekali di Hollywood.

Mungkin disebabkan bayaran yang tinggi dan glamour yang menanti, ramai wanita yang berani mencuba nasib walaupun sebahagian berakhir menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental.

Sumber: ohmymedia

0 comments:

Post a Comment