Searching...
Thursday, June 16, 2016
2:25 AM 0

GEMPAR!! Diberi upah RM10, lelaki Bangla ini rog0l kanak-kanak perempuan OKU berusia 13 tahun di tangga Pangsapuri

Polis menahan seorang lelaki Bangladesh bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan kurang upaya (OKU) dirogoldi tepi tangga sebuah pangsapuri di Bayan Baru, dekat sini pada Ahad.

Jurucakap polis berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.30 petang Ahad selepas pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan membawa mangsa yang berusia 13 tahun kekawasan tangga di situ.


"Pengawal keselamatan itu memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapa mangsa sebelum dia (bapa) bersama beberapa penduduk mencari lelaki Bangladesh berkenaan dan menemui suspek bersama remaja yang mengalami masalah lembam itu,"katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh suspek sebelum inidan diberi upah sebanyak RM10 supaya dia tidak menceritakan kepada sesiapa. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata remaja berkenaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.

Lelaki Bangladesh yang bekerja di kilang di kawasan Bayan Lepas itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan, katanya.

Sumber: mstar

0 comments:

Post a Comment