Searching...
Tuesday, June 21, 2016
1:56 AM 0

Gara-gara pakai seluar Spongebob Squarepants, Penjaga gol Iran ini digantung 6 bulan dari skuad kebangsaan

Gara-gara pakai seluar Spongebob Squarepants, Penjaga gol Iran ini digantung 6 bulan dari skuad kebangsaan, NAMUN apa yang dia lakukan selepas itu betul-betul gila dan tak masuk akal.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tetapi di Iran, ia lebih ekstrem kerana jika anda terlajak muat naik gambar di media sosial, buruk padahnya.

Inilah nasib yang diterima oleh penjaga gol skuad kebangsaan Iran, Sosha Makani selepas memuat naik gambarnya memakai seluar panjang Spongebob Squarepants.


Makani, 29, yang bermain untuk Perspolis, kelab terbesar di Iran, didapati bersalah oleh polis moral Iran selepas mereka mendapati seluar yang dipakai penjaga gol itu ‘tidak sopan’.

Sebagai hukuman, Sosha telah digantung oleh Persatuan Bola Sepak Iran selama 6 bulan.


Menurut agensi berita Iran, Varzesh3:

“Sosha digantung selama 6 bulan kerana memakai seluar kuning bertemakan Spongebob Squarepants.”

Tak sopan kepada masyarakat


Pihak berkuasa Iran yang sebelum ini pernah menyerbu beberapa kedai di Tehran kerana menjual barang-barang bertemakan karakter fiksyen dari Amerika Syarikat seperti Mickey Mouse dan Barbie turut memberitahu Varzesh3:

“Kami mengambil keputusan (menggantung Makani selama 6 bulan) ini kerana penampilannya membawa impak yang tak sopan kepada masyarakat Iran.”

Kerajaan Iran ditempelak

Rakyat Iran rata-ratanya menempelak tindakan kerajaan Iran yang mencampuri urusan peribadi rakyatnya sendiri.

Di Twitter, seorang rakyat Iran mengkritik kerajaan Iran dengan penuh sarkastik:

“Ya, seluar Sosha Makani memang buruk dan ‘layak dihukum’, tetapi kebebasan memilih pakaian yang menutup aurat adalah hak asasi dunia.”

Seorang lagi rakyat Iran hairan dengan kecekapan kerajaan Iran menangani isu-isu kesalahan kecil:

“Ketika polis di negara lain sibuk menyiasat kes rasuah, polis Iran sibuk dengan gaya rambut dan pakaian pemain.”

Sebelum ini aktres terkenal Iran, Taraneh Alidoosti pernah ditahan polis moral Iran selepas gambarnya semasa sidang akhbar di Tehran mendedahkan tatu feminis di lengan kirinya.


Bagi Makani pula yang pernah mewakili skuad Iran dalam kempen Piala Dunia 2014, ini bukan kali pertama beliau menghadapi masalah dengan polis moral Iran.

Pada Januari 2016 lepas, beliau pernah dipenjara selepas memuat naik gambarnya bersama perempuan tak bertudung di Instagram.

Sumber: semuanyabola

0 comments:

Post a Comment