Sekadar gambar hiasan semata mata
Erna (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis muda yang menjawat jawatan pembantu kepada Andy yang bekerja di sebuah syarikat konsultan yang tidak berapa besar di ibu kota. Sebagai seorang gadis,Erna amat mengkagumi perwatakan Andy yang di anggapnya memiliki karakter yang baik.
Andy merupakan seorang yang memang bersikap gentleman, seorang yang sentiasa menjaga
pernampilannya serta mempunyai reputasi kerja yang baik. Dan di pejabat itu Erna di pandang sebagai seorang gadis yang memiliki pakej lengkap untuk di miliki oleh mana mana lelaki dek kerna rupa parasnya yang cantik.Di tambah dengan sikapnya yang sentiasa ceria dan matang membuatkan sesiapa sahaja akan mengambil peluang untuk mendekatinya.Erna dan Andy adalah rakan setugas yang sentiasa menjalankan kerja bersama dan atas sebab itu tanpa di sedari Erna mula mencambahkan benih-benih perasaan yang lebih daripada rakan sekerja terhadap Andy. Dan semakin hari Erna semakin kuat rasa cintanya pada Andy.
Dan Andy sebagai seorang lelaki yang matang bukanmya tidak menyedari perubahan yang melanda rakan sekerjanya itu.Namun atas dasar sikap profesionalnya Andy tidak mahu mencampurkan urusan peribadi dan pejabat.Dan ini telah menambahkan lagi rasa kagum Erna terhadap Andy.
Di sini adalah permulaan cerita mereka.Pada suatu hari,mereka berdua telah menerima tugasan untuk pergi keluar daerah di mana memerlukan mereka bermalam di beberapa tempat.Dan bagi memudahkan mereka bergerak,dari ibukota mereka mengambil pesawat terus ke Penang dan di sana mereka menyewa kereta bagi melakukan perjalanan darat sekitar Butterworth,Perak,Kedah dan Perlis.Tugasan mereka adalah melakukan survey bagi memenuhi kepuasan pelanggan mereka.Akibat pengurusan masa yang tidak tepat,pada suatu ketika mereka terpaksa bermalam di sebuah hotel murah.Dan yang lagi menggusarkan adalah hotel tersebut penuh dan hanya tinggal 1 kamar sahaja itupun kalau mereka sanggup berkongsi bilik.Namun Andy tidak membuat keputusan sendiri dan meminta pendapat Erna.
Memang hari tersebut amat memenatkan bagi Erna.Oleh kerana terlampau letih,Erna hanya bersetuju dengan rancangan Andy.Dan bersamalah mereka di dalam bilik hotel itu yang hanya mempunyai sebuah katil.Dengan keadaan malam yang agak panas,di tambah dengan situasi mereka berdua yang memanaskan,Andy membuka jendela bagi melegakan sedikit kepanasan di dalam bilik itu.Masalah untuk tidur di selesaikan dengan baik di mana mereka akan tidur bersama di atas sebuah katil dengan Andy berjanji tidak akan berbuat apaapa terhadap Erna.
Bagi Erna seorang gadis yang tidak pernah sekatil dengan lelaki,lebihlebih lagi yang berada di atas katil bersamanya adalah suami orang sudah tentulah perasaannya tidak tenteram.Galak kali kaki mereka bersentuhan yang meremangkan bulu romanya.Setelah sekian masanya,angin malam yang sejuk mula menerpa masuk melalui jendela yag terbuka.Erna yang semakin kesejukan memberanikan diri bertanya kepada Andy:
“Abang Andy,Erna sebenarnya kesejukan nie.Boleh minta tolong tutupkan tingkap?” tanya Erna namun Andy lansung tidak memberikan respon membuatkan Erna terfikir yang Andy sedang lena.Dan Erna bertanya lagi,”Abg Andy…” Kali ini di jawap dengan lembut oleh Andy.”Erna kesejukkan ye…MAHUKAH MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA? Lansung terhenti detikan jantung Erna,Tersirap darah mudahnya.
Dengan penuh persoalan dan hati-hati Erna bertanya lagi kepada Andy,”Maksud Abg Andy?”..
“Maksud saya,bolehkah Erna buat seperti apa yang selalu isteri saya buat di rumah,tutupkan tingkap itu..!”
Wah…layan nampak.Tension tak? Jangan imagine yang bukan-bukan ye…Hihi..
Sumber: lantakkauler
0 comments:
Post a Comment