Searching...
Friday, July 1, 2016
2:31 PM 0

2 Foto selfie terakhir Datuk Abdul Aziz Singgah sebelum meninggal dunia jam 11.30 malam tadi di Taman Puchong Permai


KUALA LUMPUR - Pelakon veteran yang menghidap kanser prostat dilaporkan telah meninggal dunia, sebentar tadi, lapor Astro Awani.

Datuk Abdul Aziz Singgah, meninggal dunia jam 11.30 malam tadi di kediamannya, Taman Puchong Permai.

Beliau yang berusia 75 tahun, menghidap penyakit kanser tersebut sejak enam tahun lalu. Dan dilaporkan kanser yang dihidapinya itu berada pada tahap keempat.

Pemergian beliau dikongsikan oleh anaknya, Ruzaimei Aziz di laman Facebook.


"Assalamualaikum semua. Dimaklumkan ayah saya DS Hj Abdul Aziz bin Singah telah pun kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga roh Allahyarham tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman," katanya.

Takziah buat keluarga Allahyarham. Al-fatihah.

Sumber: pixelperfext

0 comments:

Post a Comment