Searching...
Thursday, June 30, 2016
3:06 AM 3

Gadis cantik ini ceritakan kisah malang kakaknya kahwin dengan Abang Ipar dari NERAKA

Aku teringin nak kongsi mengenai abang ipar aku juga. Tetapi aku akui bila keluarga telah bertambah ahli ada baik dan keburukannya.

Ayah aku tak pernah menetapkan syarat nakkan menantu itu-ini. Semuanya terletak pada pilihan anak-anak. Calon yang anak-anak suka juga pasti dapat restu ayah. Tetapi berlainan dengan ibu yang mahukan menantu lelaki serba-serbi boleh bagi membimbing anak perempuannya.


Cerita aku bermula bila kakak nombor dua berkenalan dengan seorang lelaki (askar). Kakak aku berumur 18 tahun waktu itu dan mula kenal dengan lelaki tu bila pergi ke PLKN. Sejak dari itu kakak aku dah mula tunjuk yang dia “gatal” sangat nak kahwin. Lelaki itu telefon ayah untuk berjumpa dan impresi awal, ayah terkejut sebab badannya besar dan kulit yang hitam. Aku pun tak tahu macam mana kakak aku boleh berkenan. Cinta itu memang buta. Sebab kakak putih macam orang cina, dan kami pun berketurunan cina.

Kenal punya kenal lelaki ini datang rumah jumpa ibu bapa tetapi ibu aku tak restu atas faktor pekerjaan, rupa, akhlak dan sahsiahnya. Ibu aku memang cerewet dan ibu aku memang tak restu perkahwinan kakak aku. Tetapi kakak degil tak nak cari lain dan kahwin juga dengan pilihan hatinya.

Kakak aku kerja bank dan suaminya kerja askar tetapi selepas empat tahun perkahwinannya macam-macam masalah yang dihadapi mereka. Mereka ada tiga orang anak. Nak dijadikan cerita lepas kahwin abang ipar aku ini sekejap kerja sekejap tak. Dan dia suruh kakak aku duduk di rumah mak dia. Kakak aku setuju sebab dah suami, kenalah ikut. Kemudian tak lama selepas itu keluarga kami dapat tahu yang kakak berhenti kerja bank sebab suami dia cemburu buta bila tengok kakak layan pelanggan. Eh, hello! Kakak aku bukannya buat perkara yang bukan-bukan. Dia cari duit yang halal untuk keluarga. Bayangkan kakak dah kerja enam tahun dan duit itulah yang membantu keluarga. Emak dan ayah aku memang marah sebab zaman sekarang susah nak cari kerja.

Kemudian lepas tu kakak dapat kerja di sektor kerajaan dekat dengan rumah mertuanya. Ayah rasa lega. Sekali lagi abang ipar buat hal. Kononnya tak cepat kaya dan dia masuk Multi-Level Marketing (MLM) supaya dapat kaya jadi jutawan dengan cepat. Kakak aku pun mula ikut jejak langkah abang ipar yang tak kan kaya dengan cepat. Muat naik Facebook sana-sini. Terangkan tentang MLM tu, tetapi akhirnya lingkup! Kakak hampir dipenjara kerana suaminya sendiri sebab ambil duit dari sektor kerajaaan untuk bayar duit-duit orang bawahan. Kalau kakak aku tak ambil kakak aku kena pukul, sepak terajang dengan suami dia. Sehari hampir RM 5,000 kakak ambil disebabkan kakak jaga kaunter. Waktu itu hanya Allah saja tahu macam mana perasaan mak ayah bila polis telefon. Menangis, luluh hati ayah hanya Allah saja yang tahu. Mak apatah lagi dari dahulu tak suka abang ipar aku ini. Abang ipar aku tak nak bertanggungjawab atas alasan siapa suruh kakak aku tolong dia. Dan keluarga abang ipar aku cemuh kakak aku, “ada ijazah tangan panjang”.

Keluarga akulah yang kena tanggung semua ini. Dengan rasa sedih ayah aku terpaksa jual satu-satunya rumah yang dibeli untuk selamatkan kakak aku. Alhamdulillah tak masuk penjara sebab sempat bayar dari tarikh yang pihak polis minta.

Tak habis kat sini saja. Kakak dan abang ipar aku mula duduk serumah dengan kami sekeluarga. Atas alasan nak bina hidup baru dan dapat cemuhan dari jiran-jiran rumah yang dulu. Abang ipar aku kerja lain sebab dah berhenti kerja askar atas alasan gaji kecil. Klise sangat. Kemudian dia kerja kilang. Kemudian sama juga dia pinjam duit orang Bangla, Nepal, Indonesia atas alasan nak beli susu, Pampers anak. Tetapi sebenarnya tak. Abang ipar aku berjudi! Ya judi. Main nombor ekor. Semua dah jadi tabiat dia. Ada orang datang kat rumah aku tiap bulan mintak hutang. Ayah aku tegur, marah abang ipar aku tetapi mulut dia manis kata boleh selesaikan tetapi cakap saja. Hutang masih tak selesai . Sampailah kawan-kawan baik ayah aku pun dia berhutang. Ayah aku terkenal dengan orangnya yang baik dan jujur. Dan sebab itu kawan-kawan ayah aku percaya pada duit pada abang ipar aku itu. Sebab kalau tak bayar ayah aku ada! Takkan lari mana-mana.

Kemudian sekarang ini baru kami sekeluarga dapat tahu yang kakak aku tanggung suami dia dari dulu lagi. Majlis persandingan sebelah lelaki pun kakak aku yang tanggung waktu dia kahwin dulu, kakak aku buat kad kredit tetapi yang pakainya suami dia. Kakak aku yang bayarkan kereta suami dia. Dan sekarang ini kakak aku hanya kerja kontrak sahaja. Suami dia tak tahu kerja apa dan gaji yang kakak dapat pun tak cukup untuk bayar semua hutang yang abang ipar aku buat. Kadang-kadang aku kasihan sebab anak-anak dia jadi mangsa untuk lepaskan marah pada suami dia.

Aku cuma tak tekankan sebelum buat apa-apa keputusan untuk kahwin tolonglah dapat restu mak ayah dulu. Barulah hidup bahagia. Mak ayah selalu doakan yang baik-baik untuk anak-anak.

Sumber: Amazingnara

3 comments: