Searching...
Friday, June 10, 2016
1:20 AM 0

3 Gadis vs 1 Lelaki...Disergah Polis Dalam Bilik Hotel Lengkap Berpakaian Baju Kurung Sedang Beraksi

KOTA BHARU – Lima remaja termasuk tiga lelaki dan dua perempuan yang ditahan dalam serbuan parti hari jadi liar di sebuah apartmen satu bilik di Jalan Hamzah didenda masing-masing RM900 dan RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas pertuduhan berkhalwat beramai-ramai.

Hakim Syarie, Mohd. Anwan Ab. Muttalib menjatuhkan hukuman itu selepas semua tertuduh mengaku bersalah.


Tertuduh ialah Abdul Syakur Abd. Rahim, 22; Muhammad Faizol Ezuan Abdullah, 23; Mohamad Fadhrani Asrul Abdullah, 22; Mimi Amira Abdul Aziz, 23, dan Normellisa Juliani Nor Jasmani, 25.

Kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah selepas ditahan buat kali kedua dalam tempoh kira-kira 15 jam oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) di sebuah homestay di Kampung Cherang, di sini.

Abdul Syakur, Muhammad Faizol Ezuan serta adiknya, Mohamad Fadhrani Asrul mengaku bersalah berkhalwat bersama-sama dua gadis berkenaan dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak kerana dua gadis itu bukan isteri atau mahram.

Pendakwa syarie negeri, Shamsiah Hassan mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 9 (3) Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan, yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Mimi Amira dan seorang pelajar, Normellisa Juliani pula turut mengaku bersalah berkhalwat bersama tertuduh pertama dan kedua dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak kerana kedua-dua lelaki berkenaan bukan suami atau mahram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9 (4) Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah homestay, R1 Sri Padang Guest House, Kampung Cherang di sini kira-kira jam 1.45 pagi kelmarin.

Kelima-lima mereka mengaku telah insaf selain memohon mahkamah memberikan denda yang ringan dan merayu tidak dipenjarakan.

Bagaimanapun, Shamsiah memohon mahkamah memberikan hukuman sewajarnya sebagai memberi pengajaran kepada mereka.

“Mengikut fakta kes, mereka berada bersama dalam keadaan tertutup dan terkunci dari dalam, selain berkurung dalam rumah.

“Dari segi faktor umur pula, mereka sudah cukup matang dan boleh membezakan baik dan buruk serta halal dan haram. Fakta ini amat berat. Semoga hukuman yang dikenakan nanti memberi pengajaran,” katanya.

Mohd. Anwan dalam penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh selain mengambil kira fakta kes di mana semasa tangkapan, keadaan sudah lewat malam.

“Perbuatan ini amat salah serta serius dan apa sahaja maksiat boleh berlaku antara kamu dalam rumah tersebut. Mahkamah juga mengambil kira faktor usia yang sudah cukup di mana kamu sudah cukup cerdik untuk tentukan hukum halal dan haram perbuatan kamu.

“Mahkamah turut menasihatkan kamu supaya insaf dan sedar akan perbuatan ini. Selain itu, mahkamah juga berharap ini merupakan perbuatan terakhir serta kamu bertaubat atas kesalahan ini,” ujarnya.

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 masing-masing kepada Abdul Syakur, Muhammad Faizol Ezuan dan Normellisa Juliani manakala Mohamad Fadhrani serta Mimi Amira pula didenda RM900.

Mahkamah turut mengarahkan kedua-duanya dihukum penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Sumber: mygosip

0 comments:

Post a Comment