Searching...
Monday, June 20, 2016
5:01 AM 0

2 Foto wajah sebenar Syarifah Ladyana, tunang Awie kini tersebar! Majlis pertunangan mereka dikatakan berlangsung secara tertutup di Hotel Vistana, Pulau Pinang

Sudah bercerai dengan bekas isterinya Rozana Misbun, penyanyi rock terkenal Awie pernah memberitahu bahawa beliau tidak serik dan bersedia untuk berkahwin lagi.

Sekitar hujung minggu lepas, ada khabar angin mengatakan bahawa Awie sudah bertunang dengan seorang wanita bernama Syarifah Ladyana selepas beberapa foto Ladyana diapit oleh dua orang anak perempuan Awie iaitu Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam satu majlis seakan majlis pertunangan.


Malah, ada juga foto Ladyana duduk seorang diatas pelamin dan ada sumber mengatakan majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup di Hotel Vistana, Pulau Pinang sekitar 3 Jun lepas. Majlis itu turut dihadiri oleh keluarga Awie dan Ladyana termasuk anggota kumpulan Wings.


Untuk pengetahuan anda, Ladyana merupakan kakitangan syarikat penerbangan dibahagian jualan tiket. Ada yang memberitahu bahawa Awie memilih Ladyana kerana sifatnya yang penyayang dan pandai mengambil hati anak-anaknya. Mereka dikhabarkan bakal berkahwin pada hujung tahun ini.

Walaubagaimanapun, Awie sehingga kini masih berdiam diri mengenai berita ini dan usaha pihak media yang menghubungi Awie untuk mendapatkan pengesahan daripada beliau juga gagal.


Kalau betul sudah bertemu pengganti kami harap kali ini ia akan berkekalan sehingga akhir hayat. Anak-anak pun sudah merestui hubungan mereka.

Sumber: beautifulnara

0 comments:

Post a Comment