Searching...
Tuesday, May 24, 2016
11:30 PM 0

Nazaubillah!! Dirogol Lebih 400 Kali, Terpaksa Makan Lipas dan Minum Air Kencing Sendiri dan Banyak Lagi Penderaan Yang Lebih Mengerikan

Peringatan : jangan baca semasa perut anda tengah kenyang ( terutamanya selepas makan)

Kejadian pembunuhan kejam yang berlaku pada tahun 1988, masa tu umur aku 5 tahun . Kecil lagi. Aku pun baru terbaca cerita ni 2-3 hari lepas dan terpanggil aku untuk kongsi bersama. Aku digging satu per satu informasi untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap dan terperinci . Sebenarnya aku sendiri tak sanggup nak tulis kerana pembunuhan dia memang sangat kejam. Kalau kita rasa Mona Fendi kejam (sekurang-kurangnya dia terus bunuh ) tapi pembunuhan Furuta ni, seksa Furuta berlaku selama 44 hari. Masa aku terbaca artikel Junko Furuta ni aku tengah totally full (baru balik lepas makan tengah hari) zaassssss terus berlari dalam bilik air dan muntah. So nasihat aku, siapa tak kuat jangan baca dan kena ambil time untuk baca.



Pembunuhan Kejam Junko Furuta

Pada 25 November 1988 ,empat budak lelaki yang berumur 17 tahun telah menahan gadis bernama Furuta ( yang sama umur dengan mereka). Mereka adalah Miyano Hiroshi, Minato Nobuharu, Jo Kamisaku dan Watanabe Tasushi.


Dimana pada masa itu Furuta dipercayai di dalam perjalanan ke tempat kerja sambilan beliau . Dan lebih menyedihkan pada masa itu Furuta baru sahaja menyambut birthday day pada 22 November [1]. Furuta kemudiannya ditahan di rumah keluarga Kamisaku . Untuk mengelak kehilangan Furuta dihebahkan , 4 lelaki budak lelaki ini telah :

1) Memandangkan mereka telah mengurung Junko Furuta di rumah keluarga Kamisaku, Mereka berpura-pura mengatakan Furuta adalah teman wanita kepada Kamisaku [2]

2) Memaksa Furuta untuk call keluarganya dan mengatakan bahawa dia tidak balik ke rumah dan bersama " kawan" dan dia tidak berada di dalam bahaya.


3) salah satu 4 budak lelaki ini adalah kumpulan yakuza, menyebabkan bila percubaan Furuta untuk melarikan diri tidak diendah oleh keluarga Kamisaku . Takut mereka akan dibunuh oleh kumpulan Yakuza.

Selama 44 hari hidup Furuta merana kerana seksaan yang dikena umpama binatang yang tidak mempunyai perasaan :

Kronologi Hari pertama, 22 November 1988

Diculik
Dikurung dan dipaksa berpura-pura sebagai teman wanita kepada salah seorang 4 budak lelaki ini
dirogol (total keseluruhan dirogol sebanyak 400 kali)
tidak diberikan makan sehingga kelaparan
makanan diberikan adalah lipas dan minuman adalah air kencing
dipaksa untuk beronani di depan mereka
dipaksa untuk bogel di depan mereka
dicucuh dengan ligther/rokok di telinga, mulut dan kemaluan
kemaluan dan dubur disumbat dengan objek yang pelik termasuk mentol yang masih bernyala

Kronologi Hari ke-sebelas 1 December 1988

Dipukul banyak kali
muka menghadap lantai dan budak-budak lelaki gila ni lompat ke atas dia (aku tak sure sama ada lompat atas badan atau muka tapi cara penerangan adalah muka)
Tangan diikat dan digantungkan di syiling dan badan digunakan sebagai punching bag
Hidung penuh dengan darah sehinggakan dia kena bernafas melalui perut
dumbbells dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah apabila cuba untuk minum kerana perut dia dah tak boleh except untuk makan/minum
percubaan untuk lari tetapi didenda denga mencucuh rokok di tangan
cecair mudah terbakar dituang ke atas tapak kaki dan bahagian keseluruhan kaki, kemudian api dinyalakan botol dimasukan ke dubur sehingga cedera

Kronologi hari ke dua puluh, 10 December 1988

Tidak boleh berjalan dengan betul kerana sebahagian kaki melecur kerana terbakar
disebat dengan rotan buluh
mercun dimasukan ke dalam dubur dan dinyalankan mercun
benda berat dihempaskan ke tangan sehingga kuku pecah
dipukul dengan kayu golf
rokok dimasukkan kedalam kemaluan
dipukul dengan batang besi beberapa kali
Dipaksa tidur luar ( sewaktu salji turun)
Pencucuk ayam panggang BBQ tu masuk ke dalam kemaluan dan dubur sehingga berdarah

Kronologi hari ketiga pulu , 20 December 1988

muka disimbah dengan lilin cair yang panas
kelopak mata dibakar dengan lighter
bahagian dada ditikam dengan jarum jahit baju
nipple tetek bahagian kiri dirosakkan dan dipotong dengan pliers
mentol lampu yang panas dimasukan di dalam kemaluan
kemaluan berdarah tusuk daripada gunting
tidak boleh kencing

Hari keempat puluh, 30 december 1988

Merayu kepada 4 budak lelaki ini untuk dibunuh (dia rela untuk mati daripada diseksa)

Hari kempat puluh satu, 1 January 1989

badan cacat
tidak boleh bergerak sepenuhnya

Hari kempat puluh empat , 4 january 1989

Mengunakan alasan atas kekalahan permaina mahjong, keempat-empat budak lelaki ini memukul Furuta dengan besi pengangkat berat( yang abang sado selalu angkat tu) sehingga badan cacat .Darah keluar daripada hidung dan mulut. Kemudian cecair lighter dituang ke ke muka, tangan, mata, kaki dan sebahagian tubuh yang lain dan dinyalakan api.

Kemudian kerana tidak tertanggung kesakitan Furuta menghembus nafas terakhir selepas bertarung nyawa diseksa selama dua jam.Pada 5 januari 1989, mayatnya dimasukkan ke dalam dram 55 galon yang berisi konkrit dan dikambus di kawasan pendalam dan terpencil di Jepun.

Aku cubalah mencari wajah-wajah pembunuh yang sebenarnya. Tapi kebanyakan tidak dijumpai seperti tertutup. Akhirnya aku masuk ke bahagian Guaman [3]


Mayat Junko Furuta akhirnya dijumpai selepas setahun[4] hasil daripada forensik 60 % kekurangan nutrisi (mungkin berdasarkan rupa bentuk mayat yang kurus) dan terdapat kesan trauma di perut. Mukanya sudah tidak dikenali kerana musnah sama sekali,identiti hanya dapat dikesan melalui rekod gigi dan cap jari. Beberapa jarum di jumpai di payudara, kerosakan pada usus yang ketara, Di dalam kemaluan ada botol oronamin .[5] Dipercayai lapisan konkrit telah memusnahkan bukti pembunuhan Junko Furuta termasuk air mani dan bulu ari-ari lelaki.


Hukuman Pembunuhan Junko Furuta

4 Budak lelaki ini telah dibicarakan sebagai orang dewasa , malah nama mereka didedahkan kerana dikategorikan sebagai "binatang".

Ketua kumpulan : Kamisaku dipenjara selama 8 tahun dan dibebaskan pada ogos 1999
manakala yang budak lain-lain telah dipenjara 4-6 tahun tetapi dinaikan kepada 5-7 tahun.

Ini telah membuatkan keluarga Junko Furuta tidak puas hati dan meminta perbicaraan yang adil. Dan akhirnya mereka menang, dimana rumah tempat Junko ditahan dan dirogol adalah kepunyaan keluarga Junko, kemudiannya dijual dengan harga 50,000 yen.

Hari ini pembunuh Junko Furuta bebas, dan menukar nama mereka.

Sepatutnya hukuman Gantung mati kepada Kamisaku

Selepas dibebaskan pada 2004, Kamisaku ditangkap, kerana terlibat dalam keganasan yang berkaitan dengan perempuan. ( Dia minat perempuan ni tapi perempuan tu minat orang lain, jadi dia pergi belasah orang tu). Masa dibedal orang tu dia siap cakap, aku pernah bunuh orang, so jadi tak ada masalah aku nak bunuh engkau. Tetapi selepas dicekup, dia menafikan dia pernah cakap benda tu. lagi sekali Si gila ni cuma dikenakan hukuman penjara 7 tahun sebab pukul orang.

Kes pembunuhan pelajar di dalam konkrit telah diadaptasi oleh katsuya Matsumura pada tahun 1995 sempena memperingati pembunuhan kejam Junko Furuta yang bertajuk "Concrete" ada di dalam youtube , aku link sekali dalam blog ni.

Sumber: easykliks

0 comments:

Post a Comment