Searching...
Sunday, February 21, 2016
5:06 PM 0

Mohon Share Ya!! Lelaki ini bongkar 5 Perkara menakutkan kerja petik buah di Australia yang buat kamu berfikir 10 kali sebelum pergi bekerja di sana


Selama ini aku hanya membaca mengenai pengalaman orang yang ke luar negara untuk kerja petik buah. Secara spesifiknya bekerja di ladang-ladang di Australia. Ada juga yang cerita bekerja sehingga ke New Zealand. Dipancing dengan pengalaman bekerja di luar negara dan gaji (yang diconvert ke Ringgit) berbanding Malaysia, ramai yang mahu mencuba nasib disana. Alangkah indahnya bekerja luar negara sambil melancong. Lagi pun kerja petik buah sahaja, sesiapa yang sihat tubuh badan tentunyta boleh buat.
Walau pun begitu, aku mendekati ladang strawberry di UK untuk lihat betul atau tidak kerja petik buah ini seperti yang diceritkan. ada beberapa perkara yang patut dikongsikan :

1. Ini bukan kerja mudah. Bukan di pejabat yang aircond, bukan bersenang-lenang. Walau tinggi mana kelulusan akademik, ia kerja menyinsing lengan baju. Bangun seawal pagi, dan pulang lewat petang. Contohnya bayaran memetik anggur adalah mengikut jumlah kotak. Satu kotak pula sekitar 10kg. Jika sehari secara purata 30 kotak. Maka 10kg didarab dengan 30 kotak. Pastikan fizikal anda kuat. Kerja macam ni, di Malaysia kebanyakannya adalah pekerja asing sahaja.

2. Budaya kerja di negara luar tidak sama dengan di Malaysia. Kena buang jauh-jauh budaya minum pagi atau minum petang. Setiap masa kita dikira sebagai produktiviti. Negara maju sangat mementingkan produktiviti. Ada ladang yang tidak membenarkan pekerja menggunakan telefon bimbit semasa kerja. Disiplin dan tatacara kerja sangat dititik beratkan. Rendah produktiviti, rendah pula gajinya. Itu tidak termasuk jika jatuh sakit. Satu lagi yang perlu diingat, kerja petik buah ini bergantung kepada musim buahnya. Ada masa tiada buah untuk dipetik, dan mungkin kena petik buah lain di ladang lain pula. Pendapatan menjadi tidak konsisten.

Disediakan cabin penginapan untuk pekerja ladang.

3. Kemudahan yang kurang selesa. Lahhh… Dah namanya kerja petik buah. Takkan mahu tinggal di rumah bungalow mewah kot. Di UK, pekerja biasanya diletakkan di cabin atau asrama dengan kemudahan tandas dan ruang makan yang dikongsi. Maka bergaullah dengan semua pekerja yang lain. Dalam keadaan ekstrim, pekerja lelaki dan perempuan tidak dipisahkan dan duduk dalam satu asrama yang sama.

4. Kualiti kehidupan sosial. Tentunya jauh dari keluarga akan sentiasa dirindukan. Dan bukan setiap masa akan ada pekerja dari Malaysia yang sama-sama bekerja. Kena terima hakikat kita bekerja dalam persekitaran antarabangsa dimana pekerja yang lain datang dari pelbagai latarbelakang dan dari pelbagai negara. Budaya mereka tidak sesuai dengan kita. Mereka mungkin minum arak, mabuk dan berjudi. Seks bebas dan budaya hippies. Bagi yang Islam, waktu solat mesti priority. Jangan selalu kenang keselesaan Malaysia, nanti belum sebulan sudah mahu pulang ke kampung.

5. Permit kerja, peraturan dan undang-undang tempatan. Jika anda bekerja petik buah tidak sah, tanpa permit kerja maka itu satu kesalahan. Itu risiko akan sentiasa ada. Mampukah anda melelapkan mata jika setiap hari terbayang kena rush dengan penguatkuasa? Sepandai tupai melompat kata orang. Jika mahu kerja dapatkan secara sah dengan permit kerja jika perlu, bayar cukai jika ada dan mendaftar dengan kerajaan tempatan. Kerja yang halal mestilah transparent. Kerja sorok-sorok mengundang curiga. Menurut sumber, ada kes di UK dimana visa dibatalkan kerana menyalahgunakan visa pelancong untuk bekerja.

Sumber: sepaktakkena

0 comments:

Post a Comment