Searching...
Sunday, February 28, 2016
7:02 AM 0

Inilah Jumlah Wang Hantaran Yatt Hamzah Untuk Perkahwinan Keduanya Yang Sangat Mengejutkan


Majlis akad nikah Yatt Hamzah dan pasangannya, Zulfadhli Khiruddin yang sepatutnya berlangsung pada pukul 8 pagi tadi hampir dibatalkan oleh jurunikah disebabkan kelewatan hampir sejam kedua-dua pengantin tersebut.

Walau bagaimanapun Yatt, 36, selamat diijabkabulkan dengan Zulfadhli, 26, seorang jurukamera, dengan hanya sekali lafaz tepat pada pukul 9 pagi ini.

Majlis pernikahan kali kedua Yatt itu berlangsung secara sederhana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang disempurnakan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Muhamad Sujak Dusuki.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis tersebut turut dihadiri kira-kira 100 tetamu dalam kalangan ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat. 

Sumber: kitabebasbaca

0 comments:

Post a Comment