Untuk season baru ini, juri tetap seorang lagi ialah Dato Khadijah Ibrahim dan akan ada seorang juri jemputan pada setiap minggu.
Pada minggu ini, juri jemputan istimewa sedikit iaitu Jennifer Thompson atau lebih mesra di sapa dengan nama Kak Jenn.
Jennifer Thompson merupakan orang kuat di belakang tabir, seorang yang dah lama dalam bidang industry seni ini.
Bukan calang-calang orangnya, Kak Jenn ini merupakan producer untuk rancangan Anugerah Bintang Popular selama 9 tahun dan Anugerah Indutsri Muzik Malaysia selama 15 tahun. Jennifer Thompson juga bekas general manager untuk Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia. Hebat betul.
Dan ramai juga tak tahu, satu lagi trivia yang rare, iaitu Jennifer Thompson ini merupakan bekas isteri pertama Datuk Ramli MS.
Kalau dah ada bekas isteri satu pentas, sudah tentu Nabil dan Jihan akan ada membahan untuk bergurau senda.
Menerusi satu segmen semalam ketika live, ada komen dari Datuk Ramli MS meminta Datuk Kathy, Nabil dan Jihan agar jangan nak jadi batu api, membahan dirinya dan juga bekas isteri, Kak Jenn.
Ketika memberi komen persembahan Oja, Datuk Kathy ada berkata:"Dua-dua kiri kanan ni macam ada bawa diri saje (merujuk kepada Tokram dan Kak Jenn). Orang tengah-tengah ni ha“
"Entah, ada benda ke tadi jadi, masam je kiri kanan tu" Tambah Jihan Muse pula.
Ini komen balas Tok Ram: "Korang jangan jadi batu api, satu dua tiga ni (merujuk Dato Kathy, Nabil dan Jihan)"
Nabil pula mencelah: "Kan tema seram kan Tok, saya takut yang kat rumah tu paling menyeramkan (datin Alyah)"
Itulah gurau senda yang berlaku secara spontan semalam ketika live. Apapun, Datuk Ramli MS dan Jennifer Thompson memang profesional dan juga sporting malam tadi.
Perkahwinan antara Tok Ram dan juga Jennifer Thompson dilangsungkan pada tahun 1988 dan mereka mempunyai dua orang anak bernama Najee dan juga Nadiah, masing-masing pun kini dah dewasa.
Hubungan Tok Ram dengan anak-anak, Najee dan Nadiah memang amat rapat, namun memang jarang ditampilkan di laman media sosial. Malah Tok Ram pernah berkata dia akan sentiasa berada di sisi anak-anaknya terutama jika ada occasion istimewa seperti sambutan hari lahir, sambutan hari bapa dan perayaan lain.